Saturday, August 15, 2009

Kandungan sejarah internet

SEJARAH INTERNET

Pada mulanya komputer telah dicipta didalam saiz atau kerangka yang begitu besar dan kegunaannya bagi penggunaan serta pemprosesan data.Komputer pada dekat 50an dan 60an hanya digunakan secara tunggal dan tidak boleh disambungkan lagi kepada lain – lain rangkaian komputer.

Pada hujung tahun 60an pula teknologi rangkaian diperkenalkan dimana komputer dirangkaikan pada sistem komputer yang lain.Melalui rangkaian yang dikenali sebagai LAN (Local Areal Network) dan seterusnya kepada WAN (Wide Areal Network)

Memasuki era 80an pula komputer peribadi (PC) mula diperkenalkan.Melalui komputer peribadi ini pengguna mula memperluaskan lagi system rangkaian LAN dan WAN hingga menjadi system rangkaian yang besar.


APA ITU INTERNET ?

Internet adalah kumpulan rangkaian – rangkaian komputer yang boleh menghubungkan setiap individu, institusi pendidikan, institusi kerajan dan swasta, perniagaan dan sebagainya yang boleh dicapai melaluinya.Pada awalnya internet hanya digunakan bagi tujuan ketenteraan dan saintifik semata.

Kini internet juga digunakan bagi menjalankan urusniaga, perniagaan, transaksi perbankan serta pelaburan.Terdapat juga sumber – sumber hiburan, pendidikan, persidangan maya, email dan sebagainya.


SEJARAH BERMULANYA INTERNET

ARPA (Advanced Research Project Agency atau Agensi Projek Kajian Lanjutan) adalah sebuah jabatan dibawah kementerian America Syarikat di Pantegon.Telah mula merekacipta satu projek system rangkaian bagi tujuan ketenteraan dan saintifik.

No comments:

Post a Comment